Wednesday, 6 January 2016

Filled Under:

PANAS!! Sarah MENGALAH.. Shuib BERSEDIH.. Memang MENGEJUTKAN!!!



## Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Kesetiaan, Siti Sarah Raissuddin mengalah kerana kesibukan yang dihadapi oleh suaminya, Shuib Sepahtu...

## Melahirkan cahaya mata ketiga, Ariq Matin pada 20 November lalu, Sarah memahami keadaan Shuib yang sedang sibuk mencari rezeki untuk keluarga...

“Bagi isteri yang baru sahaja bersalin dan melahirkan anak, pastinya dia memerlukan sokongan ramai pihak, terutamanya keluarga dan suami. Tetapi saya sendiri harus mengalah kerana Shuib. Dia sangat sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk diri sendiri...

“Saya sendiri faham dengan keadaan Shuib tetapi perkara itu membuatkan saya sedih dan sedikit tertekan kerana saya sangat kasihan dengan dia. Saya sendiri tidak boleh berbuat apa-apa untuk suami saya kerana saya sedang dalam pantang ketika itu,” kata Sarah...

## Walaupun Shuib sedang sibuk dengan tugasnya sebagai penyampai radio Sinar FM, menjalani penggambaran filem Abang Long Fadil 2 dan bertanding dalam #JuaraParodi bersama Mark Adam, Shuib sempat meluahkan rasa sedihnya kepada Sarah...

“Saya hanya boleh bertanyakan kepadanya sama ada dia okay atau pun tidak. Saya perlu memahami keadaan Shuib yang sibuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga...

“Ketika saya sedang berpantang di kampung, dia pernah mesej saya dan meminta maaf. Dia meluahkan yang dia rasa sedih kerana keadaan dirinya yang sangat sibuk. Saya membalas mesej Shuib dan mengatakan yang saya faham dengan apa yang dilaluinya sekarang,” kata Sarah mengakhiri perbualan...


Teks oleh: Kamaruddin Razal




0 comments:

Post a Comment